Wednesday, December 1, 2010

KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Lama jugak hasif_inside2 tak menatap wajah blog ini. hasif_inside2 ingin memohon maaf kepada peminat2 pembaca blog ini kerana saban hari menunggu new next post...(hahaha). Mungkin segelintir pembaca blog ini sudah tahu mengapa hasif_inside2 ingin membicarakan tajuk ini...
(sila beri comment di bawah...hahaha)

Tajuk Hari Ini : KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah...
         Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku...

 * Potongan sebahagian hadis dari Riwayat Bukhari

Siapakah wanita ini? sehinggakan Allah SWT dan Jibril mengucap salam kepadanya...Siapakah yang mampu menduga, bahawa wanita hebat ini akan mendampingi insan yang paling agung dalam rentangan perjalanan dakwahnya

Nama sebenar :  Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay
                              Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha


Beliau seorang pedagang yang kaya. Beliau hidup dan besar di lingkungan suku Quraisy dan lahir dari keluarga terhormat pada lima belas tahun sebelum Tahun Gajah. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, Saidatina Khadijah pernah berkahwin dua kali dan mempunyai anak. Suami pertama meninggal dunia, manakala suami kedua, meninggalkannya dan ada jugak pendapat bahawa suami keduanya turut meninggal dunia. Ada pendapat menyatakan bahawa beliau mewarisi kekayaan dari suami-suami sebelumnya.
  1. Abu Halah at-Tamimi
  2. Atiq bin Aidz bin Makhzum
Ada jugak ada pendapat, ayah beliau seorang pedagang yang kaya...yang kita tahu Saidatina Khadijah seorang yang terkaya di kalangan suku Quraisy. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuda Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Tapi semua lamaran itu di tolak...


Walaupun Saidatina Khajidah diantara golongan yang terhormat, keluarga beliau agak terpinggir daripada kaum Quraisy yang menyembah berhala yang lain kerana beliau menganuti agama Nabi Allah Ibrahim...Beliau seorang pembaca kitab. Ini menandakan bahawa beliau bukan seorang yang buta huruf, malah seorang yang dari golongan cerdik pandai dan tajam pemikirannya.

Saidatina Khadijah " Wanita Suci "

Saidatina Khadijah dikenali dengan gelaran wanita suci sejak perkahwinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz kerana memelihara akhlak dan sifat-sifat terpujinya .Oleh itu, tidak hairanlah jika orang Quraisy memberi penghormatan yang tinggi sehingga digelar sebagai ath-Thahirah (wanita yang suci) "Puteri Quraisy"  

Seperti dikatakan tadi, Saidatina Khadijah merupakan wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaan itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang memberi rahmat kepada sekalian alam.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:


Surah Al-Anbiya, ayat 107

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


Pada waktu itu, Saidatina Khadijah mencari wakil untuk mewakili dirinya membawa barangan dagangan ke Syam. Lalu Saidatina Khadijah membuka pemilihan. Dalam pemilihan itu, Nabi Muhammad terpilih melalui perantaraan bapa saudaranya Abu Talib. 

Seperti biasa, Maisarah menyertai Nabi Muhammad ke Syam untuk membawa barang dagangan Saidatina Khadijah, kerana memang keduanya sepakat untuk bekerjasama. Keuntungan berlipat kali ganda kerana berkat kejujuran Nabi Muhammad. Buah tutur Maisarah membekas di hati Saidatina Khadijah tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy yang senantiasa dilindungi oleh awan itu. Saidatina Khadijah pernah dari seorang rahib yang bernama Buhairah, yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad merupakan lelaki yang akan menjadi nabi yang ditunggu-tunggu oleh orang arab sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Taurat & Injil. 

Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutuskan seseorang untuk menemui Rasululllah SAW dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad SAW, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad SAW diangkat sebagai Nabi akhir zaman.

Wanita sentiasa Disamping Suaminya 




Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan Surah al-Haq melalui perantaraan Jibril AS yang menggoncang hati Rasulullah SAW.
                               “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. 
Saidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk memahami dengan jelas wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah SAW,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah SAW dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams  al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah SAW bersama Saidina Ali ra. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah SAW dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah ra. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah SAW untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini.


Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah SAW sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah SAW selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah SAW menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia SWT tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Anak2 Rasulullah bersama-sama dengan Saidatina Khadijah

  1. Abdullah bin Muhammad
  2. Qasim bin Muhammad
  3. Fatimah binti Muhammad
  4. Ruqaiah binti Muhammad
  5. Ummi Kultsum binti Muhammad
  6. Zainab binti Muhammad 
Setakat ini sahaja yang mampu hasif_inside2 tulis...Kalau nak diikutkan, banyak lagi perkara-perkara hebat yang ada pada Ummul Mukminin ini..
 



 

No comments:

Post a Comment