Wednesday, December 1, 2010

KHADIJAH BINTI KHUWAILID 2

Satu lagi pengisian  yang menyentuh hati adalah tentang Saidatina Khadijah. Saya ceritakan kembali saat-saat sakarat yang dilalui Saidatina Khadijah. Kehebatan wanita agung ini tiada tandingannya. Dia bersama Rasulullah SAW melalui onak dan duri dalam perjuangan dakwah.

Dia melalui saat-saat sakarat ditemani suami tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga teruja. 

Katanya, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. 

Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. 

Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?

Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. 

Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.
Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.

Allahumma
antassalam- waminkassalam
Wa ilaika ya’uudussalam
Fahayyina rabbana
bissalam
Waadkhilnal
jannataka daarassalam
Tabaa rakta
rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam

Ya Allah,
Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Ini merupakan sambungan cerita KHADIJAH BINTI KHUWAILID yang patut kita ketahui bersama....




KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Lama jugak hasif_inside2 tak menatap wajah blog ini. hasif_inside2 ingin memohon maaf kepada peminat2 pembaca blog ini kerana saban hari menunggu new next post...(hahaha). Mungkin segelintir pembaca blog ini sudah tahu mengapa hasif_inside2 ingin membicarakan tajuk ini...
(sila beri comment di bawah...hahaha)

Tajuk Hari Ini : KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah...
         Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku...

 * Potongan sebahagian hadis dari Riwayat Bukhari

Siapakah wanita ini? sehinggakan Allah SWT dan Jibril mengucap salam kepadanya...Siapakah yang mampu menduga, bahawa wanita hebat ini akan mendampingi insan yang paling agung dalam rentangan perjalanan dakwahnya

Nama sebenar :  Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay
                              Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha


Beliau seorang pedagang yang kaya. Beliau hidup dan besar di lingkungan suku Quraisy dan lahir dari keluarga terhormat pada lima belas tahun sebelum Tahun Gajah. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, Saidatina Khadijah pernah berkahwin dua kali dan mempunyai anak. Suami pertama meninggal dunia, manakala suami kedua, meninggalkannya dan ada jugak pendapat bahawa suami keduanya turut meninggal dunia. Ada pendapat menyatakan bahawa beliau mewarisi kekayaan dari suami-suami sebelumnya.
  1. Abu Halah at-Tamimi
  2. Atiq bin Aidz bin Makhzum
Ada jugak ada pendapat, ayah beliau seorang pedagang yang kaya...yang kita tahu Saidatina Khadijah seorang yang terkaya di kalangan suku Quraisy. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuda Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Tapi semua lamaran itu di tolak...


Walaupun Saidatina Khajidah diantara golongan yang terhormat, keluarga beliau agak terpinggir daripada kaum Quraisy yang menyembah berhala yang lain kerana beliau menganuti agama Nabi Allah Ibrahim...Beliau seorang pembaca kitab. Ini menandakan bahawa beliau bukan seorang yang buta huruf, malah seorang yang dari golongan cerdik pandai dan tajam pemikirannya.

Saidatina Khadijah " Wanita Suci "

Saidatina Khadijah dikenali dengan gelaran wanita suci sejak perkahwinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz kerana memelihara akhlak dan sifat-sifat terpujinya .Oleh itu, tidak hairanlah jika orang Quraisy memberi penghormatan yang tinggi sehingga digelar sebagai ath-Thahirah (wanita yang suci) "Puteri Quraisy"  

Seperti dikatakan tadi, Saidatina Khadijah merupakan wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaan itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang memberi rahmat kepada sekalian alam.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:


Surah Al-Anbiya, ayat 107

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


Pada waktu itu, Saidatina Khadijah mencari wakil untuk mewakili dirinya membawa barangan dagangan ke Syam. Lalu Saidatina Khadijah membuka pemilihan. Dalam pemilihan itu, Nabi Muhammad terpilih melalui perantaraan bapa saudaranya Abu Talib. 

Seperti biasa, Maisarah menyertai Nabi Muhammad ke Syam untuk membawa barang dagangan Saidatina Khadijah, kerana memang keduanya sepakat untuk bekerjasama. Keuntungan berlipat kali ganda kerana berkat kejujuran Nabi Muhammad. Buah tutur Maisarah membekas di hati Saidatina Khadijah tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy yang senantiasa dilindungi oleh awan itu. Saidatina Khadijah pernah dari seorang rahib yang bernama Buhairah, yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad merupakan lelaki yang akan menjadi nabi yang ditunggu-tunggu oleh orang arab sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Taurat & Injil. 

Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutuskan seseorang untuk menemui Rasululllah SAW dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad SAW, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad SAW diangkat sebagai Nabi akhir zaman.

Wanita sentiasa Disamping Suaminya 




Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan Surah al-Haq melalui perantaraan Jibril AS yang menggoncang hati Rasulullah SAW.
                               “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. 
Saidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk memahami dengan jelas wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah SAW,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah SAW dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams  al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah SAW bersama Saidina Ali ra. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah SAW dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah ra. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah SAW untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini.


Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah SAW sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah SAW selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah SAW menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia SWT tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Anak2 Rasulullah bersama-sama dengan Saidatina Khadijah

  1. Abdullah bin Muhammad
  2. Qasim bin Muhammad
  3. Fatimah binti Muhammad
  4. Ruqaiah binti Muhammad
  5. Ummi Kultsum binti Muhammad
  6. Zainab binti Muhammad 
Setakat ini sahaja yang mampu hasif_inside2 tulis...Kalau nak diikutkan, banyak lagi perkara-perkara hebat yang ada pada Ummul Mukminin ini..
 



 

Friday, November 26, 2010

Men's Grooming - Skin Care (Tulis Bahasa Melayu!!!)

Baiklah, atas permintaan ramai, hasif_inside2 akan menulis dalam Bahasa Melayu...hahaha. Lagipun kita mesti berbangga dengan bahasa kita. Apa orang kata

                                                         "Bahasa Jiwa Bangsa"

Kalau nak diikutkan, hasif_inside2 amat letih hari ini...Kemas bilik, nak balik rumah (cuti semester)...Sebelum melalut panjang. Jom, kita ke tajuk hari ini 

Tajuk Hari ini  :  Dandanan Lelaki - Penjagaan kulit ("direct terjemahan"...hahaha)
                         Fokus diberikan kepada Muka

Ramai lelaki di Malaysia, kebanyakkannya tidak menjaga penampilan apalagi penjagaan kulit yang biasanya dikuasai oleh kaum wanita. (Mana boleh!)  Tidak hairanlah bilangan lelaki kacak & comel semakin berkurangan.... hahaha!
 
Sekali-sekala, apa salahnya berhabis duit untuk kelihatan kacak? heh! 
Bukannya apa, walaupun poket tak kacak tapi awek berderet beratur, bukan ke itu satu kebanggaan bagi lelaki? Kaum perempuan, sila jangan marah yer. hahaha



                           



Beberapa tips asas bagi lelaki yang ingin menambahkan rasa keyakinan diri untuk mengorat awek – awek cun kat luar nanti. heh! Sebelum menggunakan pencuci muka, pertama sekali, anda kena tahu, jangan sesuka hati main rembat je pencuci muka wanita.

Mari kita kenali Kulit Wajah seorang Lelaki....
(Wanita pun kena baca untuk kekasih, suami & anak2 lelaki anda supaya kelihatan lebih kacak)


 1. Perbezaan kulit lelaki dan wanita

Lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal disebabkan lapisan kalogen yang lebih tebal dan epidermis atau sel yang lebih banyak. Peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.

 2. Jenis kulit wajah lelaki di Asia

Kebanyakan kulit wajah lelaki Asia lebih sensitif dan alergik dengan keadaan serta cuaca persekitaran, dan mempunyai lebih banyak pigmen.

 3. Masalah biasa kulit wajah lelaki

Kulit berminyak dan berjerawat serta kecederaan akibat penggunaan pisau cukur yang kerap merupakan masalah utama lelaki. Kulit menjadi lebih sensitif.

 4. Kaedah penjagaan wajah yang betul

Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut. Gunakan penyegar dan pelembap selepas wajah dibersihkan. Gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari.

 5. Produk pembersih wajah yang sesuai

Pilihlah produk pembersih wajah yang bebas haruman.

 6. Penggunaan Masker wajah

Ramai lelaki menganggap penggunaan masker hanya untuk wanita. Anda silap, penggunaan masker juga boleh dilakukan lelaki. Ia bermanfaat untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Selain itu, ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit.

 7. Kandungan di dalam produk penjagaan wajah lelaki

Dalam setiap produk penjagaan wajah perlu ada bahan anti keradangan untuk menghalang proses penuaan. Bahan pelembap dan hidrasi antara elemen penting lain yang perlu ada.

 8. Tindak balas produk penjagaan terhadap kulit

Disebabkan kulit lelaki lebih tebal, maka proses tindak balas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah lambat. Walaubagaimanapun cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama.

 9. Kesan sampingan

Sesetengah bahan di dalam produk penjagaan wajah boleh menyebabkan keradangan kulit. Jadi pastikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut tidak mengandungi bahan tiruan. Pastikan tahap pH atau keasidan adalah normal (pH 5.5). Keradangan kulit juga terjadi kerana produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit.

10. Kulit yang sihat

Kulit wajah yang sihat ditandai dengan penghasilan kolagen, dapat mengatur penghasilan melanin dalam sel-sel kulit, serta dapat mengembalikan keseimbangan keanjalan kulit. Kesihatan kulit dapat diperoleh dengan membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan produk bersesuaian atau menggunakan air bersih.


 _______________________

Ok... setakat ini saja kot...(Macam sikit sangat kan?)
Kalau nak diikutkan banyak benda perlu dibincangkan...(betul3). hasif_inside2 pun tak pandai sangat bab2 ni...tapi tak pe, sama2 kita belajar...yeah!

Salam untuk Semua





Wednesday, November 24, 2010

Kadang2 Wanita Perlu Fahami Lelaki

Mula2 hasif_inside2 ingin membuat satu PENGAKUAN PENTING! Susah jugak nak tulis blog ni...Kena fikir macam2 sebelum nak menulis. Log in pukul 12 tgh hari, Jam 2 petang baru mula menaip...hasif_inside2 hormat la kepada penulis2 blog yang tulis panjang2, lebih daripada 350 perkataan...hahaha

Tajuk Hari Ini : Kadang2 Wanita Perlu Fahami Lelaki




Memandangkan kali terakhir hasif_inside2 check, bahawa diri ini adalah seorang lelaki (Jangan fikir bukan2). Telintas pulak nak tulis pasai tajuk ni...Saban hari hasif_inside2 lihat, kaum lelaki bersusah payah nak fahami hati budi seorang wanita & mereka sanggup berkorban apa saja untuk memenuhi kehendak kaum wanita terutamanya wang ringgit... 

Jadi, apa salahnya bagi kaum wanita memahami hati budi seorang lelaki pula...
Tak sampai 10 minit anda boleh memahami hati budi seorang lelaki secara keseluruhannya

 1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita.Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu
perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada
lelaki.

 2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

 3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

 4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi
lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak
lelaki adalah mudah.

 5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada
ketika itu fikirannya sedang kacau.

 6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

 7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpanrahsia-rahsia rumahtangga.

 8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya,
mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara
tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

 9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

 10. Lelaki dan Ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini
biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

 11. Sahabat Yang Paling Baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada
anda.

 12. Lelaki Suka Menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak. 

   

  Rasanya sudah memadai 12 perkara ini, jikalau anda (wanita) ingin menjaga atau mengukuhkan lagi hubungan dengan bakal2 suami, suami, anak-anak lelaki anda. Kepada yang masih mencari atau on the way mencuba, tapi tak dapat2 lagi....mungkin 12 perkara ini boleh membantu...

Ada orang putih kata --

The Way Men talk, through his Stomach
(boleh diguna pakai jugak)

  Bukannye apa hasif_inside2 tulis  tajuk ni...Sebab tugas hakiki seorang isteri/bakal isteri adalah "Melayan Suami" mengikut syarak...hasif_inside2 yakin pembaca2 blog ini terutamanya wanita adalah bakal2 calon isteri solehah ataupun isteri solehah dah pun...AMIN, sekurang-kurangnya tajuk ini sedikit sebanyak boleh membantu (sekali lagi)...

Setakat ini saja kot...(1 jam baru abis tulis) agak lembab sikit...hehehe









TAJUK BERIKUTNYA  :  Men's Grooming - Skin Care

Ku Mulakan Dengan...

24/11/2010 merupakan tanggal bermulanya hasif_inside2 menulis blog. Dah create blog ni lama dah...cuma tak de masa nak tulis...hahaha

Tajuk hari ini adalah " Mari Berkenalan Dengan Penulis Blog ini..."

Siapa hasif_inside2? Tak tau ape nak tulis...

Walaupun sudah 22 tahun hidup di muka bumi Allah ini...Masih lagi tercari-cari siapa sebenarnya diriku ni..Mereka kata yg lebih mengenali diri ini adalah Malaikat Maut...Apa ni!!! Awal2 dah cakap pasai mati...Nak buat macam mana, itu adalah realiti untuk semua benda yg bernyawa...Apa orang kata

"Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati, Yang Bertemu Pasti Akan Berpisah, Yang Bemula Pasti Akan Berakhir"

Ish99

hasif_inside2 ni...baru bertemu dengan pembaca blog ni (kalau ade la) dah nak berpisah...Baru je mula tulis blog ni, dah nak berakhir.

Jadi, berbalik kepada persoalan tadi "Siapa hasif_inside2?" (melalut je lebih)

Nama              : Hasif Hanis
Alamat            : Kg Kota Aur, Kepala Batas,  Penang
Sekolah           : Banyak sangat...antaranya:
                           1. SK Permatang Janggus
                           2. SMKA AL-Mashoor (L)
                           3. SMKA AL- Irshad
                           4. Kolej Matrikulasi Kedah
                           5. Universiti Sains Malaysia

Sikit2 sudah...Macam penting sangat untuk pembaca nak baca..hahaha

Esok pulak...Bye2

(hasif_inside2)