Wednesday, December 1, 2010

KHADIJAH BINTI KHUWAILID 2

Satu lagi pengisian  yang menyentuh hati adalah tentang Saidatina Khadijah. Saya ceritakan kembali saat-saat sakarat yang dilalui Saidatina Khadijah. Kehebatan wanita agung ini tiada tandingannya. Dia bersama Rasulullah SAW melalui onak dan duri dalam perjuangan dakwah.

Dia melalui saat-saat sakarat ditemani suami tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga teruja. 

Katanya, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. 

Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. 

Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?

Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. 

Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.
Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.

Allahumma
antassalam- waminkassalam
Wa ilaika ya’uudussalam
Fahayyina rabbana
bissalam
Waadkhilnal
jannataka daarassalam
Tabaa rakta
rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam

Ya Allah,
Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Ini merupakan sambungan cerita KHADIJAH BINTI KHUWAILID yang patut kita ketahui bersama....




No comments:

Post a Comment