Friday, November 26, 2010

Men's Grooming - Skin Care (Tulis Bahasa Melayu!!!)

Baiklah, atas permintaan ramai, hasif_inside2 akan menulis dalam Bahasa Melayu...hahaha. Lagipun kita mesti berbangga dengan bahasa kita. Apa orang kata

                                                         "Bahasa Jiwa Bangsa"

Kalau nak diikutkan, hasif_inside2 amat letih hari ini...Kemas bilik, nak balik rumah (cuti semester)...Sebelum melalut panjang. Jom, kita ke tajuk hari ini 

Tajuk Hari ini  :  Dandanan Lelaki - Penjagaan kulit ("direct terjemahan"...hahaha)
                         Fokus diberikan kepada Muka

Ramai lelaki di Malaysia, kebanyakkannya tidak menjaga penampilan apalagi penjagaan kulit yang biasanya dikuasai oleh kaum wanita. (Mana boleh!)  Tidak hairanlah bilangan lelaki kacak & comel semakin berkurangan.... hahaha!
 
Sekali-sekala, apa salahnya berhabis duit untuk kelihatan kacak? heh! 
Bukannya apa, walaupun poket tak kacak tapi awek berderet beratur, bukan ke itu satu kebanggaan bagi lelaki? Kaum perempuan, sila jangan marah yer. hahaha



                           



Beberapa tips asas bagi lelaki yang ingin menambahkan rasa keyakinan diri untuk mengorat awek – awek cun kat luar nanti. heh! Sebelum menggunakan pencuci muka, pertama sekali, anda kena tahu, jangan sesuka hati main rembat je pencuci muka wanita.

Mari kita kenali Kulit Wajah seorang Lelaki....
(Wanita pun kena baca untuk kekasih, suami & anak2 lelaki anda supaya kelihatan lebih kacak)


 1. Perbezaan kulit lelaki dan wanita

Lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal disebabkan lapisan kalogen yang lebih tebal dan epidermis atau sel yang lebih banyak. Peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.

 2. Jenis kulit wajah lelaki di Asia

Kebanyakan kulit wajah lelaki Asia lebih sensitif dan alergik dengan keadaan serta cuaca persekitaran, dan mempunyai lebih banyak pigmen.

 3. Masalah biasa kulit wajah lelaki

Kulit berminyak dan berjerawat serta kecederaan akibat penggunaan pisau cukur yang kerap merupakan masalah utama lelaki. Kulit menjadi lebih sensitif.

 4. Kaedah penjagaan wajah yang betul

Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut. Gunakan penyegar dan pelembap selepas wajah dibersihkan. Gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit dari kesan cahaya matahari.

 5. Produk pembersih wajah yang sesuai

Pilihlah produk pembersih wajah yang bebas haruman.

 6. Penggunaan Masker wajah

Ramai lelaki menganggap penggunaan masker hanya untuk wanita. Anda silap, penggunaan masker juga boleh dilakukan lelaki. Ia bermanfaat untuk menyegar, memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Selain itu, ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit.

 7. Kandungan di dalam produk penjagaan wajah lelaki

Dalam setiap produk penjagaan wajah perlu ada bahan anti keradangan untuk menghalang proses penuaan. Bahan pelembap dan hidrasi antara elemen penting lain yang perlu ada.

 8. Tindak balas produk penjagaan terhadap kulit

Disebabkan kulit lelaki lebih tebal, maka proses tindak balas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah lambat. Walaubagaimanapun cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama.

 9. Kesan sampingan

Sesetengah bahan di dalam produk penjagaan wajah boleh menyebabkan keradangan kulit. Jadi pastikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut tidak mengandungi bahan tiruan. Pastikan tahap pH atau keasidan adalah normal (pH 5.5). Keradangan kulit juga terjadi kerana produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit.

10. Kulit yang sihat

Kulit wajah yang sihat ditandai dengan penghasilan kolagen, dapat mengatur penghasilan melanin dalam sel-sel kulit, serta dapat mengembalikan keseimbangan keanjalan kulit. Kesihatan kulit dapat diperoleh dengan membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan produk bersesuaian atau menggunakan air bersih.


 _______________________

Ok... setakat ini saja kot...(Macam sikit sangat kan?)
Kalau nak diikutkan banyak benda perlu dibincangkan...(betul3). hasif_inside2 pun tak pandai sangat bab2 ni...tapi tak pe, sama2 kita belajar...yeah!

Salam untuk Semua





1 comment: